Search
Library
Log in
Watch fullscreen
last month|6 views

Tentera tahan 18 Pati Indonesia baru mendarat

Morning Breaking News
Morning Breaking News
Tentera tahan 18 Pati Indonesia baru mendarat..

   Kuala Lumpur: Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia ditahan sebaik mendarat di Pantai Kampung Tanjung Che Lahom, Kota Tinggi, Johor pagi tadi.  Pati berkenaan terdiri daripada 13 lelaki dan lima wanita berusia 18 hingga 45 tahun ditahan dalam Op Benteng dijalankan Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) antara jam 6.25 dan 11.25 pagi.  Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia berkata, anggota petugas Pos Pemerhati mendapati pergerakan masuk bot yang mencurigakan cuba merapati pantai pada jam 5.06 pagi.  Menurutnya, didapati bot itu mula merapat ke pesisir pantai dan hasil tindakan pantas Quick Reaction Force (QRF) mengepung kawasan berkenaan, 17 Pati berjaya ditahan jam 6.25 pagi.  "Ketika serbuan, seorang Pati melarikan diri dan bersembunyi di sekitar kawasan namun berjaya ditahan pada jam 11.25.  "Pasukan turut bertindak menghubungi pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tim dron dari Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) dalam operasi berkena ...