2 tahun lalu

Netizen puji Haqiem Rusli tak tinggal solat Maghrib ketika orang lain sibuk catwalk di red carpet

mStar Malaysia
mStar Malaysia
PENYANYI Haqiem Rusli memberitahu video tular menunjukkan dia sedang menunaikan solat bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya ujar Haqiem, menunaikan rukun Islam kedua itu adalah tanggungjawab setiap insan tanpa mengenal pangkat atau darjat.

“Dalam hidup saya, nombor satu adalah Allah dan itu adalah selama-lamanya. Keduanya adalah keluarga dan ketiga adalah sahabat-sahabat saya.

“Saya tak minta video itu viral, takkan lah saya nak minta rakam video saya solat sebab saya nak viral... bukan macam itu. Benda itu ikhlas dan bab-bab agama bukan kita nak menunjuk ke apa,” katanya kepada mStar.

Semak imbas lebih banyak video

Semak imbas lebih banyak video