'Tak sensitif' - Amanah kecam papan tanda iklan promosi 'Ekspo 2020 Dubai'

  • 3 years ago
Amanah hari ini mengecam tindakan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim yang telah menaikkan papan tanda iklan di Terengganu mengumumkan penyertaan Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai.

Menurut Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayun, tindakan oleh timbalan menteri dari PAS itu tidak menunjukkan rasa sensitif dan hormat ke atas penderitaan rakyat Palestin.

Salahuddin pada 3 Disember lalu menggesa kerajaan Malaysia untuk menarik diri dari menyertai Ekspo 2020 Dubai berikutan penyertaan Israel ke acara itu atas jemputan Emiriah Arab Bersatu (UAE)