'Itu akan jadi bahan ketawa!'- MP pertikai kelonggaran mengundi pakai PPE
  • 3 years ago
Kelonggaran kepada Ahli Parlimen yang dikenakan arahan pemerhatian di rumah (HSO) untuk hadir mengundi di Dewan Rakyat tidak sepatutnya dipolitikkan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, ketika menegaskan perkara itu berkata kelonggaran sedemikian diberikan selepas mendapat kelulusan dan pertimbangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Selain itu, katanya, setiap Ahli Parlimen berhak mengundi sekiranya wujud keperluan untuk berbuat demikian.

Terdahulu, Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) membangkitkan Peraturan Mesyuarat 41 mengenai kelonggaran memakai PPE di dalam Dewan Rakyat membabitkan segelintir Ahli Parlimen yang dikenakan arahan HSO.