Iman Ikhtiman (AF2013) jadi mangsa tipu orang industri kebas duit… Dah bosan nyanyi lagu ‘cover’

  • 3 tahun lalu
BEKAS peserta Akademi Fantasia 2013 (AF2013) Iman Ikhtiman bakal tampil dengan single pertama selepas tujuh tahun meninggalkan program realiti itu.

Ujar Iman, kejayaan rakannya seperti Hael Husaini, Nabila Razali, Indah Ruhaila dan Aisyah Aziz menjadikan dia lebih bersemangat untuk lebih serius dalam bidang nyanyian.

“Apabila keluar daripada program realiti itu saya banyak dapat tawaran, ia buat kita keliru. Saya pernah kena main (tipu) duit, dijanjikan macam-macam.

“Saya bangga apabila ramai peserta AF2013 berjaya… mereka boleh kenapa saya tak boleh,” ujarnya kepada mStar.

Disyorkan