'Kita kena cari jalan untuk berdamai dan tubuhkan kerajaan' - Ahmad Faizal

  • 3 years ago
Menteri Besar Perak sementara, Ahmad Faizal Azumu berkata pihak-pihak yang merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri dahulu harus mencari jalan 'berdamai' bagi menubuhkan kerajaan baru.

Faizal berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian yang diambil oleh kepemimpinan PAS pusat bahawa tiga Adun parti itu di Perak tidak akan mengambil bahagian dalam kerajaan negeri yang 'baru'.

Sementara itu, beliau mengakui Bersatu 'terasa hati' dengan tindakan yang dilakukan oleh Umno dengan membawa usul undi percaya tanpa membuat perbincangan terlebih dahulu dengan sekutu PN yang lain.