MASA_ Kapal tempatan ada kepakaran untuk pembaikan kabel bawah laut

  • 3 years ago
Pembatalan yang dibuat oleh Kementerian Pengangkutan mengenai pengecualian kabotaj terhadap kapal asing yang melakukan penyelenggaraan kabel dasar laut akan menggalakkan peluang ekonomi bagi syarikat tempatan dan juga menjaga kepentingan negara.

Pengerusi Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Malaysia (MASA) Abdul Hak Md Amin berkata, syarikat tempatan harus diberi peluang untuk menggunakan kepakaran mereka di perairan negara sendiri.

Pengecualian kabotaj dikenakan oleh bekas menteri pengangkutan Anthony Loke pada April 2019 sehingga pembatalannya berkuat kuasa pada 15 November yang lalu.