Search
Library
Log in
Watch fullscreen
4 months ago|2 views

Minuman keras seludup lebih RM500,000 dirampas [METROTV]

Morning Breaking News
Morning Breaking News
Minuman keras seludup lebih RM500,000 dirampas [METROTV]..

   Putrajaya: Hanya dalam tempoh lima jam, empat kegiatan pengedaran minuman keras seludup tumpas dalam serbuan di Lembah Klang membabitkan rampasan berjumlah RM558,000 termasuk cukai.  Serbuan dilakukan Unit Siasatan Frod Perdagangan (USFP) dengan kerjasama Cawangan Narkotik Kastam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam operasi pada 24 November lalu.  Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, pihaknya turut menahan lima lelaki tempatan dalam semua serbuan untuk membantu siasatan.  Menurutnya, serbuan dilakukan ke atas sebuah van di tepi jalan Seri Kembangan pada 12 tengah hari dan menemukan 4,800 tin minuman keras sebelum pemilik kenderaan ditahan.  "Dalam serbuan kedua di Balakong pada 3 petang, pemandu lori dan kelindannya ditahan susulan didapati membawa 1,920 botol bir.  "Hasil soal siasat membawa kepada penahanan sebuah lori lagi di kawasan berhampiran dan menemui 3,528 botol bir. Pemandu lori dan kelindan terbabit turut ditahan," katanya.  Beliau b ...

Browse more videos

Browse more videos