Sahkah solat anda jika ada bulu kucing?

  • 3 tahun lalu
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW menyifatkan kucing sebagai suci dan tidak najis. Antaranya mafhum sabda Baginda ﷺ: “Sesungguhnya ia tidaklah najis tetapi ia sejenis binatang yang sentiasa berlingkaran kepada kamu.” (Riwayat Abu Daud, al-Turmuzi, al-Nasai dan Ibn Majah)⁣⁣
⁣⁣
Imam al-Turmuzi berkata hadith ini hasan sahih dan pendapat kebanyakan ulama di kalangan sahabat Nabi, tabiin dan selepas mereka seperti Imam Syafie, Imam Ahmad dan Ishak berpendapat bekasan kucing tidaklah mengapa.⁣

Sebenarnya isu ini menjadi khilaf di kalangan ulama. Mengikut kenyataan Ibn Qudamah “Setiap haiwan hukum bulunya, kulitnya, peluhnya, air matanya, dan air liurnya adalah hukum berdsarkan jilatannya pada bersih atau najis”. Lihat al-Mughni 1/48.⁣⁣
⁣⁣
#sinarplus #sinarharian #sinarahad #lifestylesinarharian #dominasigayahidup #kucing #solat #bulukucing #najisdimaafkan