Kasihan Jaja Iliyes, peminat tak ingat nama sebenar… orang panggil Nadia 7 Hari Mencintaiku

  • 3 tahun lalu
EMPAT tahun berada dalam industri hiburan, pelakon Jaja Iliyes mengakui dia mula mendapat perhatian peminat menerusi drama 7 Hari Mencintaku melalui watak Nadia.

Ujar Jaja, 25, impak daripada drama tersebut membuatkan segelintir peminat memanggilnya dengan nama Nadia walaupun terlibat dengan beberapa watak lain.

“Drama 7 Hari Mencintaku antara karya yang membuatkan nama saya lebih dikenali. Bukan nak cakap ramai kenal saya cuma sebab drama itu ramai pengikut... jadi pengikut yang kenal watak Nadia tu.

“Apabila orang jumpa saya dekat luar, mereka tak panggil saya Jaja Ileyes tapi orang panggil saya Nadia. Sekitar dua tahun lepas baru orang mula panggil nama saya yang sebenar,” katanya.

Disyorkan