PKPD Anjung Teduh, Felda Sahabat di Lahad Datu tamat hari ini

  • 3 years ago
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Anjung Teduh, Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah ditamatkan hari ini.

Bagaimanapun penduduk di kawasan itu masih tertakluk dengan SOP PKPB yang dikenakan di seluruh Sabah.