Kasihan Ieda Moin jadi bahan gurauan kerana melatah, orang suruh jadi pelawak 24 jam!
  • 3 tahun lalu
JIKA disebut nama Ieda Moin, semestinya kita akan teringat dengan gelagatnya yang sering melatah apabila disergah.

Menurut pelakon berusia 41 tahun ini, dia mengakui tidak pernah terfikir tabiat melatah mampu membuka pintu rezeki kepadanya.

“Melatah ini kiranya rezeki buat saya juga. Kita tidak pernah terfikir yang melatah memberi rezeki dalam industri hiburan.

“Jika perlu melatah di tempat kerja tidak jadi masalah, namun sekiranya saya dengan keluarga dan anak-anak... tidak baguslah,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ieda mengakui turut menerima komen negatif daripada segelintir penonton yang merasakan melatah ini adalah sesuatu yang menjengkelkan.

“Ada yang meluat, ada yang kata kita buat-buat dan ada juga yang kata kami nak tarik perhatian.

“Tapi ini adalah sifat semulajadi dan tuntutan kerja yang memerlukan saya jadi sedemikian,” katanya.
Disyorkan