Memang tak sangka Syafiq Naser boleh menyanyi…. tapi netizen detect watak ‘adik-adik’ atas pentas Vokal Mania
  • 3 tahun lalu
PESERTA Vokal Mania Nur Syafiq Naser tidak kisah dengan pandangan segelintir masyarakat yang berhubung keperibadiannya yang berperwatakan lembut.

Ujar Syafiq, dia tidak terasa hati kerana sudah lali dengan situasi ini malah tidak pernah menyembunyikan perwatakannya sebenar menerusi video-video di media sosial.

“Memang saya dilahirkan macam ini, bukan saya sengaja buat-buat lembut tapi memang saya seorang yang lemah lembut, soft spoken dan tidak terlalu keras seperti kebanyakan lelaki.

“Saya selesa dengan diri saya, saya dah tunjukkan diri sebenar di media sosial. Orang nak cakap apa pun saya tidak kisah,” katanya kepada mStar.
Disyorkan