Pegawai pengiring ahli parlimen perlu jalani saringan, terhad tiga orang
  • 3 years ago
Pegawai pengiring bagi ahli parlimen yang akan hadir ke persidangan Dewan Rakyat kini dikehendaki menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata pegawai pengiring hanya terhad pada tiga orang sahaja bagi setiap ahli parlimen.

Jelasnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat saringan terhadap mereka di Dewan Rakyat dari jam 9 pagi hingga 2 petang hari ini.

Terdahulu, semua ahli parlimen dan mereka yang bertugas untuk persidangan Dewan Rakyat dikehendaki menjalani ujian saringan Covid-19 setiap dua minggu sekali.

Langkah itu diambil sebagai langkah pencegahan untuk memastikan persidangan Dewan Rakyat berlangsung dengan selamat.