Cemar Sungai Gong, bapa dan anak didakwa
  • 3 tahun lalu
Cemar Sungai Gong, bapa dan anak didakwa

BERITA SEMASA 3 NOVEMBER 2020

Seorang bapa dan anaknya yang juga pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera pembinaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan melepas dan melupuskan bahan buangan mengandungi bahan berbahaya tanpa lesen ke Sungai Gong, Rawang, dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.

#SinarHarian #KitalahMalaysia #KekalNeutral #BeritaSemasa