PDRM: Sisa kimia dibuang ke sungai melalui kilang Rawang
  • 3 years ago
Beberapa ribu liter sisa berjadual dipercayai dibuang ke sistem kumbahan Indah Water melalui lot kilang di Rawang yang menyebabkan pencemaran di Sungai Selangor semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak Arifai Taware, pihak berkuasa menyerbu sebuah kilang di Taman Velox di mana mereka menemui 40 tangki kimia, masing-masing berkapasiti 1,000 liter.

Arifai membuat lawatan di kilang tersebut bersama pihak penyiasat dan pegawai dari Lembaga Pengurusan Air Selangor (Luas), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS)