'Yak Kan Putus Asak' (Jangan Putus Asa)

  • 4 tahun lalu
Hanya terdapat 1,648 orang asli suku Bateq bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

Tragedi demam campak tahun lalu yang mengorban 14 nyawa memberi trauma luar biasa kepada etnik ini.

Saksikan dokumentari eksklusif Sinar Harian mengenai masyarakat orang asli suku Bateq bertajuk 'Yak Kan Putus Asak' (Jangan Putus Asa).

Dokumentari berdurasi 38 minit ini mengisahkan kebimbangan, semangat dan cara-cara komuniti suku Bateq di Kuala Koh dan Aring 5 di Gua Musang, Kelantan menangani ancaman pandemik Covid-19.

Saksikan jawapannya dalam dokumentari eksklusif 'Yak Kan Putus Asak' di www.sinarharian.com.my pada Jumaat, 28 Ogos, jam 8 malam.