Makin kencang Nabila Razali dapat job berlakon, kali ini telemovie Cik Petir Putrajaya pula!
  • 3 tahun lalu
Nabila Razali menganggap tawaran saat-saat akhir bagi menggalas watak utama menerusi telemovie Cik Petir Putrajaya sebagai rezeki yang tidak seharusnya dilepaskan.

Ujar Nabila, 28, dia menerima tawaran ini kerana mengetahui pelakon yang sepatutnya membawakan watak itu berhadapan dengan masalah kesihatan.

“Memang saya dijemput pada minit-minit terakhir untuk shoot telemovie ini sebab mereka sudah mulakan penggambaran. Selepas study skrip, saya terima sebab yakin boleh bawa.

“Bagi saya kita sama-sama tolong, kalau mereka tidak dapat pelakon untuk digantikan mungkin penggambaran ini tak dapat diteruskan. Saya anggap ini sebagai membantu rezeki masing-masing,” ujarnya kepada mStar.
Disyorkan