Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) Perkeso dilanjutkan tiga bulan

  • 4 years ago
Kerajaan mengumumkan bahawa Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) Perkeso akan dilanjutkan selama tiga bulan dan kadar layak menuntut daripada 80 peratus gaji bagi bulan pertama, 50 peratus bagi bulan kedua hingga keenam dan seterusnya 30 peratus bagi tiga bulan terakhir.

Untuk tujuan ini, peruntukan sebanyak 150 juta ringgit akan disediakan dan dijangka memanfaatkan sehingga 130 ribu orang pencari kerja.