Biden di ambang kemenangan, Trump dakwa pilihan raya 'dicuri'

  • 4 years ago
Dengan peluang pemilihan semula dirinya sebagai presiden semakin pudar susulan lebih banyak undi dikira di beberapa negeri penentu keputusan, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melancarkan serangan luar biasa terhadap proses demokrasi negara itu dengan mendakwa pilihan raya itu "dicuri" daripadanya .

Bekas naib presiden, Joe Biden terus merapatkan jurang di Pennsylvania dan Georgia yang sebelum ini didahului oleh Republikan, malah berjaya mengekalkan kelebihan tipisnya di Nevada dan Arizona, serta semakin hampir untuk mendapatkan 270 undi elektoral.

Laporan oleh Reuters.