Maszlee dijangka tak berparti sehingga tahun depan

  • 4 years ago
Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik, yang keluar Parti Pejuang Tanah Air semalam, dijangka tidak akan menyertai mana-mana parti politik dalam masa terdekat.

Sebaliknya, anggota Parlimen Simpang Renggam itu akan bergerak melalui NGO dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan di kawasan parlimen itu.

Beliau dijangka mengambil sikap tunggu dan lihat dalam keadaan politik semasa negara yang makin tidak tertentu, selain mencongak peluang terbaik dalam karier politik.

Recommended