Individu kerja sendiri boleh mohon polis rentas daerah, negeri
  • 3 years ago
Individu yang bekerja sendiri boleh memohon surat kebenaran di balai polis untuk pergerakan keluar daerah atau negeri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata surat kebenaran itu akan memudahkan pergerakan dan urusan mana-mana individu sewaktu ditahan di sekatan jalan raya.

Ismail Sabri mengulas laporan membabitkan seorang penjaja makanan dikenakan kompaun RM1,000 dalam satu SJR kerana tidak memiliki surat kebenaran bekerja daripada majikan.
Recommended