Covid-19- 1,240 kes baru, 927 kes dari Sabah
  • 3 years ago
Kes jangkitan Covid-19 mencatatkan kes harian tertinggi sejak permulaan wabak itu di negara ini dengan sebanyak 1,240 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Sabah terus merekodkan angka tertinggi dengan 927 kes, dikuti Selangor 176 kes, Pulau Pinang (61 kes) dan negeri-negeri lain.

Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 9,744 kes, manakala jumlah keseluruhan sebanyak 27,805 kes.