Instafamous Izzrin Irfan dah jadi penyanyi... Ada yang kata muka sama macam Syed Saddiq!
  • 4 tahun lalu
PENYANYI baharu Izzrin Irfan tidak menjadikan status sebagai instafamous sebagai jambatan atau jalan mudah untuk menceburi bidang hiburan.

Ujar Izzrin atau nama sebenar Muhammad Izzrin Irfan, 19, kehadirannya dalam industri muzik adalah bersandarkan bakat selepas menyertai program I Can See Your Voice.

“Secara jujurnya saya tidak rasa saya seorang penyanyi yang bagus. Banyak lagi yang perlu dipelajari.

“Semua ini adalah rezeki dan saya sekadar mencuba. Kalau orang kata saya boleh menghiburkan dengan menyanyi... saya bersyukur,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Izzrin tidak kisah disamakan dengan Aiman Tino kerana peminat mempunyai hak untuk memberi pendapat masing-masing.
Disyorkan