Search
Library
Log in
Watch fullscreen
6 months ago|6 views

Rokok seludup bernilai RM6.66 juta dirampas [METROTV]

Morning Breaking News
Morning Breaking News
Rokok seludup bernilai RM6.66 juta dirampas [METROTV]..

   Johor Bahru: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya merampas rokok seludup berjumlah RM6.66 juta dalam dua serbuan berasingan di kawasan Plaza Tol Kempas dan Bumi Hijau Pandan, semalam.  Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam serbuan itu, dua lelaki yang juga pemandu lori berusia 45 dan 48 tahun yang membawa rokok seludup terbabit turut ditahan.  Katanya, serbuan pertama dilakukan di kawasan Plaza Tol Kempas pada jam 3 petang di mana polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan merampas 4.2 juta batang rokok (420 kotak rokok) pelbagai jenama dalam sebuah lori yang kesemuanya bernilai RM3.33 juta.  "Serbuan kedua dilakukan di Bumi Hijau Pandan pada jam 5.40 petang dan polis menahan seorang pemandu lori berusia 48 tahun dan merampas 4.16 juta batang rokok (416 kotak rokok) pelbagai jenama serta sebuah lori. Nilai rampasan kedua juga dianggarkan RM3.33 juta.  "Keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM6.66 juta termasuk cukai yang merupakan rampasan rok ...

Browse more videos

Browse more videos