PRK Batu Sapi harus diteruskan, SPR mesyuarat minggu depan

  • 4 years ago
Susulan kematian ahli parlimen Batu Sapi Liew Vui Keong, ada pihak mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya agar tidak mengadakan pilihan raya kecil dalam waktu terdekat.

Ini memandangkan penularan wabak Covid-19 yang semakin buruk di Sabah.

Namun menurut Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh, penangguhan pilihan raya melebihi 60 hari seperti yang diwajibkan oleh perlembagaan persekutuan tidak boleh dilakukan.