Lepas Tok Mat bersuara, Zahid janji hala tuju lebih jelas UMNO
  • 4 years ago
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan membentangkan laporan komprehensif untuk menentukan hala tuju parti itu selepas 'dipinggirkan' dalam kerajaan Sabah.

Kenyataan ahli parlimen Bagan Datuk itu muncul selepas Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, membuat desakan agar Ahmad Zahid memberi kenyataan mengenai kerjasama mereka dengan parti lain dilihat tidak menguntungkan.