Faizal Tahir risau kena ‘cop’ berlagak alim sebab ikut sunah nabi belajar tunggang kuda
  • 4 tahun lalu
IMPIAN penyanyi Faizal Tahir nak memiliki kuda tercapai apabila dia berjaya membeli seekor kuda jantan berusia 11 tahun baru-baru ini.

Menurut Faizal, dia mula meminati sukan berkuda selepas menjalani penggambaran video muzik lagu Nobody.

Katanya lagi, aktiviti berkuda ini merupakan sunah nabi dan mempunyai banyak kelebihan tersendiri.

“Kita ikut sunah nabi... banyak kelebihan jika kita menunggang kuda! Selain itu saya dapat rapatkan hubungan dengan keluarga,” katanya.
Disyorkan