'Cukuplah Warisan mesra PTI, jangan gadai Sabah kepada Filipina'
  • 4 years ago
Pentadbiran kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Warisan terus dikritik Barisan Nasional hari ini, terutama cara kerajaan Warisan menangani isu tuntutan Sabah oleh Filipina.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional, Bung Moktar Radin, soal kedaulatan negara bukanlah satu perkara yang boleh dirunding dengan mana-mana pihak.

Beliau turut menegaskan, Barisan Nasional akan membantah secara langsung mahupun tidak langsung sekiranya sebarang rundingan di antara Malaysia dan Filipina mengenai tuntutan itu dijalankan.

"Kita tidak akan menyerahkan walau seinci pun bumi Sabah kepada mana-mana pihak"

"Cukuplah Warisan mesra PTI, jangan gadai lagi Sabah ini kepada Filipina"

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika berkempen di DUN Lamag, kerusi yang akan ditandinginya.

Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/363055831494774