TOP 5 SPOTLIGHT: Pemergian Sandra Dianne selepas 6 hari bertarung nyawa, balu Abam lega kes pembahagian harta selesai ikut faraid
  • 4 tahun lalu
TOP 5 Spotlight minggu ini disajikan dengan berita sedih pemergian penyanyi Sandra Dianne pada Jumaat selepas enam hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Kisah balu arwah Abam iaitu Nur Hidayah Mohd Ali turut berada dalam carta pada minggu ini selepas dia berpuas hati dengan keputusan mahkamah berkaitan isu faraid.

Turut tersenarai kisah MK K-Clique yang bengang apabila wujud invididu mahu untuk mencetuskan provokasi dengan menyebarkan gambar dia dicium seorang lelaki.

Tidak ketinggalan kisah Yamani Abdillah, peserta Big Stage 2020 yang tersingkir pada minggu keempat dan tertekan kerana sering dibandingkan dengan bapanya iaitu Datuk Jamal Abdillah.
Disyorkan