Pembahagian kerusi berdasarkan keupayaan untuk menang - Shafie ulas kerusi PKR
  • 4 years ago
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal hari ini menjelaskan bahawa pembahagian kerusi Warisan Plus pada pilihan raya negeri hujung bulan ini adalah berdasarkan keupayaan untuk menang.

Terdahulu, Shafie mengumumkan 54 calon untuk kerusi yang dipertandingkan oleh Warisan Plus di PRN Sabah.

Bagaimanapun pada pengumuman hari ini, PKR hanya hanya diberikan tujuh kerusi untuk bertanding berbanding 14 kerusi yang diumumkan oleh parti itu semalam.

Perkembangan terbaru ini mungkin mencetuskan pergeseran di antara PKR dan Warisan.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/542042