Sesekali tengok Zizan Razak tak ada mood depan camera, sedih teringatkan nenek sakit
  • 4 tahun lalu
Zizan Razak enggan memikirkan mengenai soal jodoh dan perkahwinan kerana keutamaannya kini adalah keluarga.

Zizan berkata sebagai anak, fokusnya kini lebih terarah kepada keluarga, lebih-lebih lagi keadaan kesihatan nenek yang kurang baik.

“Buat masa ini saya tak fikir langsung fasal kahwin sebab banyak benda saya nak fokus, jaga emak dan nenek. Nenek saya pun sedang sakit... Kadang-kadang orang tak faham, tapi saya cuba terbaik untuk diri saya.

“Nenek sedang didiagnos kerana disyaki hidap kanser, jadi apabila sebut kanser agak berat untuk kita sebab ianya bukan sakit biasa... sekarang dia sedang tunggu doktor mengesahkan tentang kesihatan dia.

“Hal-hal lain saya okay sahaja tapi apabila membabitkan kesihatan keluarga saya rasa berat. Susah nak cerita mengenai perkara ini dekat orang lain... sebab orang selalu ingat kita pelawak nak bergurau saja kan?” katanya.


Klik link di bawah bagi mengetahui artikel berkaitan:-
https://www.mstar.com.my/video/2020/09/09/zizan-razak-sebak-tak-keruan-fikir-nenek-di-terengganu---orang-tengok-kita-pelawak-hanya-nak-bergurau
Disyorkan