Pematuhan SOP makin kurang, termasuk di kalangan barisan hadapan

  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kini semakin diambil ringan oleh masyarakat termasuk di kalangan petugas barisan hadapan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

Menurutnya, nombor pembiakan asas atau Rt telah meningkat dari 0.72 kepada 1.72 dalam jangka masa dua minggu.

Angka ini telah melebihi tahap kritikal iaitu 1.60.

Dalam sidang media sebelum ini, Dr Noor Hisham mengatakan Rt di atas 1.60 bermaksud wabak itu berkembang dengan sangat cepat, dikhuatiri akan memberi kesan kepada perkhidmatan kesihatan Malaysia.