'Perikatan Nasional adalah gabungan besar rakyat Malaysia'
  • 4 years ago
Saifuddin Abdullah menyifatkan Perikatan Nasional sebagai platform yang terbuka untuk menerima kemasukan semua rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama.

Katanya lagi, tindakan yang diambil oleh Bersatu untuk mewujudkan sayap baru bukan bumiputera merupakan satu langkah penting ke arah matlamat ini.

Menteri komunikasi dan multimedia itu menjawab soalan sekiranya langkah parti yang baru disertainya itu akan mewujudkan persaingan dengan Parti Keadilan Rakyat pada pilihan raya akan datang.