Ini komen Dr Noor Hisham isu pegawai kesihatan Hospital Sg Buloh tidak dibayar elaun
  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata beliau baru sahaja mengetahui mengenai isu pegawai perubatan kontrak tidak dibayar elaun sejak Mac lalu di Hospital Sungai Buloh.

Katanya, beliau telah mengarahkan isu ini diselesaikan secepat mungkin.

Semalam, portal kesihatan CodeBlue melaporkan pendedahan dari seorang pegawai perubatan kontrak yang dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi membantu menangani penularan wabak Covid-19.

Pegawai yang tidak mahu didedahkan nama itu mendakwa masih belum menerima beberapa bayaran elaun seperti elaun penempatan.

Dilaporkan, elaun ‘on-call’ dan claim Covid-19 juga tidak dibayar sejak Jun lalu.

Individu itu berkata, mereka mengalami kekangan kewangan ketika ini lebih-lebih lagi apabila pegawai perubatan sekali lagi akan dipindahkan dan membabitkan kos pemindahan yang tinggi dan komitmen wang yang lain.