SPRM siasat 101 projek rundingan terus PH
  • 4 years ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menerima beberapa memorandum daripada badan bukan kerajaan (NGO), berhubung isu pemberian secara rundingan terus 101 projek perolehan kerajaan, bernilai RM6.61 bilion.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM berkata akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara runding terus, semasa pemerintah kerajaan terdahulu.

Kata SPRM lagi, satu kajian menyeluruh akan dibuat bagi menentukan sama ada wujud unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung perkara ini.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat semalam mendedahkan pentadbiran negara ketika diterajui PH selama 22 bulan, meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.
Recommended