'Adakah kita sudah mula tidak bersungguh buat ujian saringan_'

  • 4 years ago
Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) hari ini menyatakan kekhuatirannya kepada Menteri Kesihatan Adham Baba mengenai kadar ujian Covid-19 harian mutakhir yang disifatkan tidak lagi mencapai kapasiti maksimum.

Bekas menteri kesihatan itu menjelaskan pada satu ketika Malaysia pernah membuat 26,000 ujian saringan untuk 100,000 penduduk dan ia merupakan pendekatan terbaik untuk mengesan kes-kes baharu.

Terdahulu, Adham memberitahu Dewan Rakyat bahawa kebelakangan ini kebanyakan ujian saringan dilakukan oleh makmal swasta iaitu saringan wajib yang dibuat oleh para pekerja.

Katanya lagi, angka terkini menunjukkan sebanyak 9,800 ujian dilakukan pada 5 Ogos dan secara purata Malaysia melakukan sebanyak 8,000 hingga 12,000 ujian saringan sehari.

Recommended