Kerajaan semak semula SOP ibadat korban dan sambutan Aidiladha
  • 4 years ago
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bahawa jumlah haiwan untuk ibadah korban sempena Aidiladha dihadkan untuk tidak lebih daripada 10 ekor bagi masjid dan surau.

Beliau berkata jumlah individu yang dibenarkan hadir pada upacara korban juga hanya terhad kepada 20 orang untuk setiap haiwan.

Selain itu, orang ramai boleh pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidiladha susulan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri.

Ismail turut mengumumkan hanya 20 tetamu dibenar berkunjung ke rumah pada satu-satu masa ketika sambutan perayaan tersebut.