2 Adun Upko keluar parti, kini mesra PN
  • 4 years ago
Dua anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) iaitu Limus Jury (Kuala Penyu) dan James Ratib (Sugut) mengumumkan menjadi wakil rakyat bebas mesra Perikatan Nasional (PN), lapor Bernama.

Agensi berita nasional itu melaporkan Limus berkata beliau hilang kepercayaan dengan kepimpinan Upko yang didakwanya tidak konsisten dalam perjuangan.

Langkah itu menyebabkan Upko hanya mempunyai dua Adun.

Gabungan parti kerajaan pimpinan Warisan bagaimanapun masih memegang dua pertiga majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).