Search
Library
Log in
Watch fullscreen
8 months ago|495 views

Apa itu kongsi ruangkerja?

Teeb TV
Teeb TV
Satu konsep bahawa membina komuniti yang kuat di tempat kerja adalah perlu. Kongsi ruang kerja direka untuk menjadi inkubator pemikiran kreatif dan keusahawanan. Persekitaran kerja fleksibel dan itulah yang ruang kerja komuniti berusaha adakan. Ruang kerja yang lengkap dengan sumber yang akan membantu meningkatkan kualiti hidup profesional semasa berada di tempat kerja, termasuk rangkaian komuniti profesional perniagaan lain untuk menyokong visi anda, bilik persidangan dan sumber lain. Ruang kerja akan pesat membangun dalam 5 tahun akan datang. Perniagaan baru dan matang diberikan pilihan untuk menskalakan pasukan dan pelanggan mereka mengikut kesesuaian. Mereka yang melakukan pembangunan peribadi dan freelancer juga dapat berhubung dengan orang yang berfikiran sama, samada bekerja untuk diri mereka sendiri, perniagaan mereka, atau pelancaran produk mereka.