Perlaksanaan 'normal baharu' di Rapid KL mulai hari ini

  • 4 years ago
Semua perkhidmatan pengangkutan awam mula beroperasi hari ini seperti sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memudahkan perjalanan warga kerja ke tempat kerja masing-masing.

Seperti yang dimuat naik di laman Twitter oleh Rapid KL pagi ini, pengguna perkhidmatan pengangkutan awam itu dilihat patuh dengan arahan penjarakan sosial sama ada di LRT, MRT dan juga bas.

Penumpang mula memenuhi perkhidmatan itu bermula jam 8 pagi, bagaimanapun keadaan masih terkawal mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang telah disediakan

Recommended