24 individu didakwa atas kesalahan sebar berita palsu

  • 4 years ago
PDRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia setakat semalam telah membuka 238 kertas siasatan berkaitan penyebaran berita palsu Covid-19.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 24 individu telah didakwa atas kesalahan itu dan 13 individu telah mengaku salah.

Beliau turut meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sebarang kandungan yang diragui kesahihannya.