Waktu operasi mesin ATM dihadkan 8 pagi ke 8 malam

  • 4 years ago
Waktu operasi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) kini dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam bagi mengawal pergerakan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ramai orang memberi alasan ingin mengeluarkan wang di mesin ATM 24 jam untuk keluar dari rumah termasuk ketika lewat malam.

“Ramai yang keluar lebih daripada waktu ditetapkan sehingga tengah malam pun masih ada yang keluar kononnya ada kecemasan untuk keluarkan wang dan sebagainya. Jadi, operasi mesin ATM dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam sahaja.