Bekalan PPE yang ada sekarang hanya boleh bertahan 2 minggu, KKM mengalukan derma
  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) di hospital yang merawat pesakit Covid-19 meningkat kepada 2 hingga 10 kali ganda daripada biasa.

Jelasnya, bekalan PPE yang ada kini hanya dapat bertahan hingga dua minggu.

Justeru, beliau mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin menderma PPE kepada pihak hospital.

Beliau berkata demikian dalam sidang media KKM di Putrajaya, hari ini.
Recommended