Pekerja Malaysia di Singapura akan dibenarkan terus bekerja
  • 4 years ago
Malaysia dan Singapura telah sama-sama memutuskan bahawa semua pekerja Malaysia di Singapura akan dibenarkan meneruskan pekerjaan mereka.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob juga berkata kerajaan Singapura juga bersetuju menyediakan penempatan sementara selama dua minggu untuk pekerja-pekerja tersebut.