Saifuddin syor pembelian topeng muka RM5juta dilakukan segera

  • 4 years ago
Mantan Menteri KPDNKK, Saifuddin Nasution hari ini mengesyorkan kepada kerajaan supaya meneruskan pembelian topeng muka melalui dana berjumlah RM5juta yang telah diluluskan sebelum ini.

Katanya, beliau telah melakukan pertemuan dengan beberapa pengeluar untuk memastikan bekalan topeng muka mencukupi bagi memenuhi permintaan pengguna.

"Daripada perbincangan itu, jaminan bahawa mereka boleh menyediakan 7 juta bekalan topeng muka dalam tempoh seminggu telah pun kita kenal pasti. Dan sejumlah dana RM5 juta telah diluluskan," katanya dalam satu sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan hari ini.