Kerajaan beri RM100 sehari pada pesakit dikhuarantin akibat COVID-19

  • 4 years ago
Wang ihsan melalui Tabung COVID-19 sebanyak RM100 sehari akan diberi kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang tempoh dikuarantin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata tabung dilancarkan kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan COVID-19 kerana tidak dapat bekerja susulan menjalani kuarantin itu, diuruskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Beliau berkata, ia membabitkan mereka yang dikuarantin selama 14 hari atau menerima rawatan di hospital berikutan disahkan positif COVID-19 bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

“Sumbangan RM100 sehari akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang proses kuarantin itu.

Recommended