Hishamuddin bidas kenyataan Anwar mengenai isu helikopter
  • 4 years ago
Menteri Luar Negeri, Hishamuddin Hussein hari ini membidas kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim baru-baru ini yang mempersoalkan isu kehilangan helikopter.

Katanya, isu ini selesai berikutan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi memaklumkan akan menerima enam helikopter tempur ringan jenis MD-530G pada penghujung tahun ini.

"Panglima Tentera Darat telah pun buat kenyataan yang mereka akan menerima helikopter hujung tahun ini."

"Jadi tiada lagi isu."

Hishammuddin berkata demikian bagi menjawab kenyataan Anwar yang menyindir kabinet Perikatan Nasional sebagai “bersih” kerana terlibat kes ‘kehilangan’ helikopter.