Kerajaan ada majoriti, saya mahu Dr M sokong - Muhyiddin
  • 4 years ago
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengulangi kenyataan bahawa kerajaan Perikatan Nasional mempunyai majoriti, tetapi masih mahu bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menyokong pentadbirannya.

Bercakap dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinetnya yang pertama pagi ini, Muhyiddin turut berterima kasih kepada Mahathir atas pandangannya bahawa kabinet baru ini boleh bertahan sehingga PRU-15.

"Saya mahu Tun menyokong kerajaan ini. Ianya sah dari segi perlembagaan."

"Saya rasa rakyat berharap kerajaan ini akan dapat menjalankan tugas. Kita tidak mahu pilihanraya mengejut. Dan kita janji kita akan menjalankan tugas."
Recommended