Zahid kemuka calon Ketua Menteri Melaka dari Adun BN

  • 4 years ago
Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah mengemukakan calon-calon sebagai Ketua Menteri Melaka kepada Yang DiPertua Melaka, Khalil Yaakob.

Bagaimanapun beliau tidak memberitahu berapa nama yang telah dicalonkan.

Dalam satu sidang media di Melaka hari ini, Zahid yang juga presiden UMNO telah mengambil kira pandangan kesemua 13 orang Adun Barisan sebelum mencalonkan nama.

Kata Zahid lagi, BN akan menghormati sebarang keputusan muktamad yang dibuat oleh Yang DiPertua Melaka.

Kerajaan Pakatan Harapan Melaka tumbang minggu lalu apabila Bersatu dan dua Adunnya keluar dari pakatan.

Ketua Menteri yang sebelumnya, Adly Zahari telah dilucutkan jawatan Isnin lalu selepas menolak untuk meletakkan jawatan berikutan kehilangan sokongan majoriti.

Recommended